layout





text COOL


Click here for Myspace Layouts

Cerita Tentang Saya

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
Setiap apa yg brlaku adalah kenyataan... Setiap kenyataan itu adalah satu REALITI.... Dan REALITI itu kadangkala sukar nak ditelan.... (renung renungkan dan selamat beramal).....

Sunday, September 4, 2011

lari KAN diri?


Penderitaan perasaan!

Aku mula merasakan aku perlu keluar dari mahligai ini…

Bukan untuk menderhaka…

Tapi untuk mengelak dari menjadi derhaka!

Hati dan perasaan mula bergolak….

Jiwa remajaku mula memberontak!

Aku tidak mampu bersabar lagi…

Andai tiap masa aku menjadi mangsa keadaan!

Sedih dan sayu bila orang yang aku sayang membelakangkan ku…

Orang yang aku anggap ke 2 mulia selepas TUHAN & RASUL NYA!

Sanggup melayani orang lain dengan baik!

Aku ni siap di mata mu?

Andai aku mampu bersabar, akan ku keluar dengan cara yang berhemah!

Andai tidak, aku pergi tanpa restu!

Meninggal kan mahligai kebahagiaan kita!

Demi Allah, aku sudah jelak…

Sudah lah orang yang aku sayang dirampas!

Setiap kata dan ucapan tidak mengendahkan perasaan ku!

Aku akan besabar selagi mampu!

Doakan aku!

Wednesday, August 17, 2011

apa ada dengan 18 SX?


Apa ada dengan no 18?

Mesti tak tahu kan?

Tapi kalau cakap pasal 18 sx?

Tahu kan?

Yelah…. Banyak blog2 yang dikhaskan entry untuk 18 tahun ke atas SAHAJA!

Ok…. Isu ni memang senang di dengar…

Tapi bagi aku ada prinsip yang perlu dipegang….

Sebagai orang timur…. Kiraan nombor tak penting…..

Yang penting kematangan seseorang….

Bila sahaja berkahwin…. Seorang remaja kan mula menjadi matang…..

Perkahwinan memang akan mematangkan seseorang…..

Jadi bukan masalah nombor yang menjadi isu…

Biarlah berapa sahaja usia kita…

Yang tidak patut perlu kekal sebagai TIDAK PATUT…

Paham-paham aje lah…..

Tapi masalah remaja sekarang…..

Percaya atau tidak…

Umur 12 tahun dah tahu pasal SEKS!

Sedangkan mata pelajaran yang berkaitan dengan KESUBURAN hanya akan di ajar pada tingkatan 3!

Persoalannya…. Dari mana mereka tahu tentang seks pada seumur 12 tahun??????

Salah siapa?

Tepuk dada… Tanya selera….

Kan bagus kalau macam ni…


Friday, August 12, 2011

c.i.n.t.a

Cinta..

Mungkin aku masih terlalu “hijau” untuk bercakap soal cinta…

Tapi aku yakin semua orang pernah merasai cinta…

Hidup bermula dengan segala jenis cinta…

Hidup kita juga akan berakhir dengan cinta jua!

Bagi aku cinta itu sempurna…

Tidak ada cinta yang mencemar hidup manusia…

Cuma manusia yang lalai dan mencemari kesucian cinta!

Aku ialah manusia biasa…

Cinta dan manusia adalah seperti fitrah dunia….

Aku juga terkena panahan cinta….

Namun adakah cinta aku layak digelar cinta?

Bila bercinta,

Hidup hitam menjadi jingga…

Hidup merana kini ceria…

Hidup duka bertukar suka…

Hidup melata kian bermakna!

Apa yang penting….

Aku dan dia sama mencinta….

Naluri keperempuanan aku berkata-kata….

Hanya dia milikku…

Diri aku miliknya jua….

Yang aku harap, jodoh akan menemukan kita…

Tuhan akan “memperdengarkan” takdir NYA…

dan

aku dapat menemui CINTAKU!


Friday, July 15, 2011

-angel vs devil-

Kenapa manusia suka sibuk hal orang?

Kenapa bila baru dengar sesuatu,

Tapi dah buat kesimpulan sepenuhnya?

Korang jangan ingat korang MALAIKAT!

Rasa apa yang korang wt semua betul sentiasa!

Jangan anggap aq ni SYAITAN pulak!

Apa je yg aq wt n cakap, salah je sentiasa!

Setiap apa yang jadi…

Pasti ada sebab!

Korang pun kadang-kadang ad wt salah gk!

So, jangan la cakap ikut sedap mulut!

Jaga sikit perasaan orang lain!

Jangan nak tuduh sebarangan jer…

Sekian…

Dari manusia paling jahat dalam dunia!

aku….

Tuesday, July 12, 2011

sardin dan Katak!!!! OMG!

Lama tak update blog…

Tangan dah rasa sengal2 dah ni…

Urmmm….

Ada isu ari ni…..

Pasal sardine AYAM BRAND! Konon ad daging KATAK!!!

Bukan pe… isu ni memang dah lama….

Tapi aq xphm kenapa ramai lagi orang yang masih tak nak peka tentang isu ni!

Dah bnyak dah dengar orang ramai menHARAM kan benda yang HALAL!

Pe nak jadi ni?

Bukan pe… yang buat aq sedih nye…

Sampai mama aq and ramai family aq yang percaya dengan khabar angin ni!

Ok! Kepada semua termasuk family aq!

Ni la keratan email statement yang benar dari pihak yang berkenaan!

Tuan / Puan,

Terima kasih kerana menghubungi pihak kami dan memberitahu kami mengenai emel internet palsu yang berniat jahat bahawa Sardin Dalam Sos Tomato Ayam Brand mengandungi bahan tidak HALAL seperti daging katak.


Kami ingin menegaskan di sini bahawa emel yang tuan/ puan terima itu adalah tidak benar dan merupakan kenyataan fitnah yang menyatakan produk Sardin Ayam Brand dalam Sos Tomato mengandungi bahan-bahan tidak HALAL seperti daging katak.

Bagi pengetahuan pihak tuan / puan, mengikut regulasi undang-undang pemakanan di Malaysia dan Singapura, adalah wajib untuk menyatakan semua bahan-bahan yang terkandung dalam senarai pemakanan setiap label.

Tidak terdapat bahan-bahan lain dalam semua produk Ayam Brand selain dari apa yang tertera di atas label produk tersebut.

Kami mengesahkan di sini bahawa bahan-bahan dalam Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand adalah seperti yang tertera pada Senarai Pemakanannya iaitu ikan sardin, pes tomato, minyak kelapa sawit, gam xanthan ( sebagai kondisioner pemakanan ) dan garam. Tiada terdapat bahan-bahan lain yang tidak dinyatakan.

Semua produk Ayam Brand adalah disijilkan HALAL, dibawah naugan perbadanan-perbadanan HALAL mengikut negara-negara yang mengeluarkan produk tersebut.

Semua produk Ayam Brand yang dikeluarkan di Malaysia adalah disahkan HALAL oleh JAKIM ( Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ). Kilang kami di Malaysia , Taiping adalah disijilkan HALAL oleh JAKIM dan hanya dibenarkan untuk mengeluarkan produk-produk HALAL.


Nombor Sijil HALAL untuk produk Sardin Dalam Sos Tomato dan Mackerel Dalam Sos Tomato Ayam Brand adalah : 006835A . Manakala, nombor rujukan JAKIM adalah : JAKIM / (22.00 ) / 492 / 2 / 1 / 014-07/2005 (SJ1). Pihak tuan / puan boleh menghubungi pihak JAKIM untuk memeriksa kesahihan sijil-sijil tersebut di www.islam.gov.my ataupun menghubungi 03-88864000 / 03-83150200. Sila rujuk nama syarikat ? A. Clouet & Co (KL) Sdn. Bhd.

Pengurusan dan pengawalan semua Pensijilan HALAL dan prosedur-prosedurnya adalah dibawah naugan Head of Ayam Brand Halal Department.

Kami ingin mengingatkan semua pengguna bahawa penyebaran kenyataan-kenyataan palsu terutamanya yang bertujuan untuk menakut-nakutkan pengguna mengenai produk makanan adalah salah disegi undang-undang jenayah dan pihak kami tidak akan ragu-ragu untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang berbuat demikian.


Kami berbesar hati jika pihak tuan / puan sebagai muslimin dan muslimat yang bertanggungjawab boleh mengedarkan emel ini kepada sesiapa yang telah menerima emel palsu tersebut untuk mengurangkan kebimbangan mereka.

Memandangkan keseriusan maklumat palsu ini, kami akan juga menghantar emel ini kepada alamat-alamat email yang terkandung dalam emel-emel yang kami terima.


Akhir sekali, terima kasih kerana sokongan pihak tuan/ puan terhadap produk barangan Ayam Brand.

Sila rujuk kepada saya sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat selanjutnya.


Wassalam.

so, dah tau cerita sebenar kan?

(mana ad spesis aq dalam ni... tipu je korg kn!)

Tak payah la pandang ikan sardine AYAM BRAND 2 mcm jijik sangat!

IKAN SARDIN AYAM BRAND halal di makan tanpa ragu-ragu!


Sunday, June 19, 2011

Is that father? bapak? ayah? walid? My ABAH!


Macam familiar je muka ni kan?

Aku lah…
...si anak...

Hehhhehee…

Yang ni lak mcm xkenal kn?

Memang la xbpe kenal sbb ni abah aku… ce tengok betul2….

...si abah...

Aku mcm muka abah ke…

Abah yang macam muka aku?

Hehehhehee….

Takde la….

Well, sempena hari bapa ni, aku nak la wt entry khas wat abah yang tercinta!

Aku ni kan, nakal sikit tau waktu kecik2 dlu… sekarang je macam dah bertaubat….

Hehehhee… so, agak susah la utk mama and abah aku utk handle aku ni…..

Tp, dengan kekuatan abah yang ada (sepenuh tenaga) , ditambah dengan penangan mama yang mulut macam enjin kereta kebal, yang xberhenti2 membebel (nasihat yang berguna )…..

Jadi lah aku insan sekarang ni….

Insan yang bernama HAMIZAH BINTI MOHD ZAHARI!

So, aku nak ucap terima kasih sangat2 kat abah aku yang tercinta ni….

Terima kasih kerana telah banyak berjasa dan membimbing anak mu ini ke jalan yang benar!

Jasa abah tak kan angah lupa sampai mati…..

Selamat hari abah!

Angah sayang abah!

Saturday, June 11, 2011

Apa nak JADI?

Selamat lewat tengah malam!

Sambil menunggu “kekasih hati” call d tmbh pula dengan senggugut yang tramat sgt ni…

Sempat pulak aq update blog!

Aq nak share smthing yg aq xtau la dh kecoh ke blm…

Member ramai tau aq kaki “wayang”….

So abih d sumbu nye aq supaya g tengok citer KL GENGSTER!

Bukan aq xnak tengok….

Cuma aq bru terbaca pasal isu PEKIDA 2….

Yelah, ramai lg xtau pasal apa itu PEKIDA!

PEKIDA mcm 1 persatuan lah…

Well, persatuan apa dan macam mana modus operandi nya…

Tak boleh d dedah kan secara terbuka kat cni….

So, apa kena KL GENGSTER dengan PEKIDA?

Actually mcm ni…

PEKIDA ni ad fasal yang trsendri… ad peraturan… ad logo bahkan ad kod RAHSIA yang tersendiri!

Ulang sekali lagi….

Kod Rahsia TERSENDIRI!

Kod rahsia ni ialah seperti kata kunci atau kata laluan utk ahli-ahli PEKIDA….

Bagi PEKIDA sendiri, apa yang pengarah file mini tonjol kan ialah seperti:

-mengaitkan PEKIDA dengan dunia GANGSTER!!

Adakah ini patut????

Sebagai gerakan yang bergerak secara berkumpulan dan kesemua ahli nya terdiri daripada orang melayu, apakah patut PEKIDA d kaitkan dengan dunia GENGSTER dan d malu kan dengan sebegtu rupa?

Kalu ye pn, mintak lah nasihat ke… pendapat ke dari orang dalam PEKIDA dulu….

Takde la kena ‘block” mcm 2…

Sekarang dengar kata PEKIDA nak amik tindakan….

PEKIDA nak kemukakan agar filem yang sedang ditayangkan itu ditarik balik SERTA MERTA selain dilakukan penapisan semula

PEKIDA ad perjuangan sendiri, so KL GENGSTER patut lebih peka dan prihatin tentang semua ni….

Well, d tambah pulak dengan filem ini merupakan arahan seorang pengarah yang terkenal iaitu Syamsul Yusof!

Is not la aq nk salah kn dia 100%…

Cuma die kne lebih alert!

Right?

Rasa mcm nak tengok je citer ni…

Tapi xnak jadi pembelot!

So, faham-faham lah….

Kita tunggu dan lihat je lah!

...just be Me....

...just be Me....
...That is me....