layout





text COOL


Click here for Myspace Layouts

Cerita Tentang Saya

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
Setiap apa yg brlaku adalah kenyataan... Setiap kenyataan itu adalah satu REALITI.... Dan REALITI itu kadangkala sukar nak ditelan.... (renung renungkan dan selamat beramal).....

Tuesday, July 12, 2011

sardin dan Katak!!!! OMG!

Lama tak update blog…

Tangan dah rasa sengal2 dah ni…

Urmmm….

Ada isu ari ni…..

Pasal sardine AYAM BRAND! Konon ad daging KATAK!!!

Bukan pe… isu ni memang dah lama….

Tapi aq xphm kenapa ramai lagi orang yang masih tak nak peka tentang isu ni!

Dah bnyak dah dengar orang ramai menHARAM kan benda yang HALAL!

Pe nak jadi ni?

Bukan pe… yang buat aq sedih nye…

Sampai mama aq and ramai family aq yang percaya dengan khabar angin ni!

Ok! Kepada semua termasuk family aq!

Ni la keratan email statement yang benar dari pihak yang berkenaan!

Tuan / Puan,

Terima kasih kerana menghubungi pihak kami dan memberitahu kami mengenai emel internet palsu yang berniat jahat bahawa Sardin Dalam Sos Tomato Ayam Brand mengandungi bahan tidak HALAL seperti daging katak.


Kami ingin menegaskan di sini bahawa emel yang tuan/ puan terima itu adalah tidak benar dan merupakan kenyataan fitnah yang menyatakan produk Sardin Ayam Brand dalam Sos Tomato mengandungi bahan-bahan tidak HALAL seperti daging katak.

Bagi pengetahuan pihak tuan / puan, mengikut regulasi undang-undang pemakanan di Malaysia dan Singapura, adalah wajib untuk menyatakan semua bahan-bahan yang terkandung dalam senarai pemakanan setiap label.

Tidak terdapat bahan-bahan lain dalam semua produk Ayam Brand selain dari apa yang tertera di atas label produk tersebut.

Kami mengesahkan di sini bahawa bahan-bahan dalam Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand adalah seperti yang tertera pada Senarai Pemakanannya iaitu ikan sardin, pes tomato, minyak kelapa sawit, gam xanthan ( sebagai kondisioner pemakanan ) dan garam. Tiada terdapat bahan-bahan lain yang tidak dinyatakan.

Semua produk Ayam Brand adalah disijilkan HALAL, dibawah naugan perbadanan-perbadanan HALAL mengikut negara-negara yang mengeluarkan produk tersebut.

Semua produk Ayam Brand yang dikeluarkan di Malaysia adalah disahkan HALAL oleh JAKIM ( Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ). Kilang kami di Malaysia , Taiping adalah disijilkan HALAL oleh JAKIM dan hanya dibenarkan untuk mengeluarkan produk-produk HALAL.


Nombor Sijil HALAL untuk produk Sardin Dalam Sos Tomato dan Mackerel Dalam Sos Tomato Ayam Brand adalah : 006835A . Manakala, nombor rujukan JAKIM adalah : JAKIM / (22.00 ) / 492 / 2 / 1 / 014-07/2005 (SJ1). Pihak tuan / puan boleh menghubungi pihak JAKIM untuk memeriksa kesahihan sijil-sijil tersebut di www.islam.gov.my ataupun menghubungi 03-88864000 / 03-83150200. Sila rujuk nama syarikat ? A. Clouet & Co (KL) Sdn. Bhd.

Pengurusan dan pengawalan semua Pensijilan HALAL dan prosedur-prosedurnya adalah dibawah naugan Head of Ayam Brand Halal Department.

Kami ingin mengingatkan semua pengguna bahawa penyebaran kenyataan-kenyataan palsu terutamanya yang bertujuan untuk menakut-nakutkan pengguna mengenai produk makanan adalah salah disegi undang-undang jenayah dan pihak kami tidak akan ragu-ragu untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang berbuat demikian.


Kami berbesar hati jika pihak tuan / puan sebagai muslimin dan muslimat yang bertanggungjawab boleh mengedarkan emel ini kepada sesiapa yang telah menerima emel palsu tersebut untuk mengurangkan kebimbangan mereka.

Memandangkan keseriusan maklumat palsu ini, kami akan juga menghantar emel ini kepada alamat-alamat email yang terkandung dalam emel-emel yang kami terima.


Akhir sekali, terima kasih kerana sokongan pihak tuan/ puan terhadap produk barangan Ayam Brand.

Sila rujuk kepada saya sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat selanjutnya.


Wassalam.

so, dah tau cerita sebenar kan?

(mana ad spesis aq dalam ni... tipu je korg kn!)

Tak payah la pandang ikan sardine AYAM BRAND 2 mcm jijik sangat!

IKAN SARDIN AYAM BRAND halal di makan tanpa ragu-ragu!


No comments:

...just be Me....

...just be Me....
...That is me....