layout





text COOL


Click here for Myspace Layouts

Cerita Tentang Saya

My photo
Ipoh, Perak, Malaysia
Setiap apa yg brlaku adalah kenyataan... Setiap kenyataan itu adalah satu REALITI.... Dan REALITI itu kadangkala sukar nak ditelan.... (renung renungkan dan selamat beramal).....

Friday, November 26, 2010

Cinta Itu Anugerah


Anugerah yang tidak disangka sangka oleh setiap insan.
Namun apbila perasaan cinta itu hadir,
Secara drastiknya kita akan merasakan bahawa diri ini cukup sempurna.,,
Apakah kita terfikir dari mana rasa cinta itu hadir??
Adakah kita cuba menyelami erti cinta yang sebenar??

Tidak…
Kita cuma terus dengan rasa bongkak dan dan sombong kerana memikirkan yang diri ini sudah mula disayangi…
Kebangaan menjadi – jadi lagi apabila telah merasakan bahawa diri ini telah dicintai..

Namun, lumrah manusia biasa..
Terlalu cepat lupa dan leka tanpa mengetahui..
Bahawa ….
Cinta asli cenderung kepada melakukan pengorbanan hati dan perasaan…
Lebih kepada menjaga hati dan maruah diri..
Tapi sayang…
Cinta dizaman ini juga lebih cenderung kepada melakukan pengorbanan…
Tetapi dalam konteks pengorbanan jiwa dan raga..
Demi memperoleh ‘keaslian’ cinta tiruan…
Tubuh badan rela diserahkan..
Diri mula mengikut kata nafsu..
Diri mula mengikut kata hati yang boleh membawa matii…

Ya Tuhan..
Bukalah mata saudara – saudaraku..
Sahabat – sahabatku…
Juga tidak lupa mata hatiku untuk terus ingkar dari keadaan yang begitu hina…
Agar aku dapat merasai kemanisan imanmu…
Agar aku dapat merasakan keindahan nikmatmu…
Agar aku dapat merasai kemewahan syurgamu nanti…
Dan agarku dapat mengenali cinta hatiku yang abadi…

Tuhanku..
Temukanlah aku dengan si dia dalam keadaan suka…
Agar aku dapat merasai nikmat cinta yang engkau kurniakan kepada setiap insan di dunia….
Agar cinta kami berdua sentiasa diredai…
Agar ia menjadi cinta yang sejati…

No comments:

...just be Me....

...just be Me....
...That is me....